Thursday, 22 November 2012

Aktiviti 1: Mengenali Makanan Berkhasiat

Bagi tajuk Makanan dan Khasiatnya cikgu-cikgu boleh membuat aktiviti memasak di sekolah. Minta murid dalam kumpulan membawa makanan dari rumah untuk membuat sandwic. 

Cikgu boleh tanya kepada murid-murid khasiat makanan yang dibawa oleh mereka secara satu persatu.

Berikut adalah satu contoh aktiviti masakan yang boleh dilakukan dalam bilik darjah.

Aktiviti 1

Minta murid membawa makanan seperti roti,timun,sayur salad, telur rebus/goreng, tomato dan sos jika perlu.

1. Minta murid bersihkan tomato,timun dan sayur salad

2. Hiriskan sayuran yang dibawa...........nak senang minta murid siap potong dari rumah...takut nanti kena potong jari.....biasalah budak seronok nak masak kat sekolah ...apa pun boleh jadi.

3. Minta murid susun timun,tomato dan bahan-bahan lain mengikut kreativiti masing-masing

4. Minta murid ceritakan khasiat makanan yang telah mereka sediakan.


  • minta murid susun makanan yang dibawa dan terangkan tentang khasiat makanan mengikut kumpulan makanan yang telah dibincangkan pada awal pelajaran

  • di bawah ini pula cara murid-murid hias sandwic mereka. Minta mereka susun ikut kreativiti mereka.....yang penting murid buat sandwic ikut cita rasa mereka......chef muda.....




  • hasilnya adalah begini...pasti seronok nak makan....ada tenaga ( roti )......ada tumbesaran ( telur ) .....ada kesihatan ( sayur,tomato,timun ).....


    mmmmm.....sedap....berkhasiat dan mudah untuk sediakan......

    makluman...
    siapa-siapa yang sedang berdiet tu...bolehlah buat dan makan sandwic ini ......pagi , tengah hari dan malam.........mesti kurus.......


2 comments: