Kurikulim Standart Sekolah Rendah ( KSSR ) telah mula dijalankan di sekolah rendah pada tahun 2011.
Murid-murid tidak akan menduduki peperiksaan penggal atau akhir tahun.
Murid-murid tidak akan diberi markah untuk latihan atau instrumen yang dibuat dalam bilik darjah.
Penggunaan sistem ' BAND ' digunakan mengantikan markah dan keputusan band akan diisikan ke dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( SPPBS) sepanjang tahun.
Murid akan diberi instrumen untuk diuji selepas setiap deskriptor diajar.
Anda boleh melayari http://www.moe.gov/lp untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Standard Prestasi Sekolah Rendah.
Tafsiran
- band - satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan murid.
- evidends - pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu atau boleh buat berdasarkan deskriptor.
- instrumen - alat untuk uji pencapaian atau penguasaan murid secara lisan, bertulis, demontrasi, ujian amali, folio, grafik , laporan atau sebagainya.
kesimpulannya murid akan diberi instrumen sepanjang pengajaran oleh guru untuk dijadikan evidens dan seterusnya memberi band berpandukan eviden muird.
No comments:
Post a Comment