Thursday, 22 November 2012

Tafsiran Band dalam Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2 (DST )


Band 1 ( tahu )
Murid tahu perkasa asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respon terhadap perkara yang asas.

Band 2 ( tahu dan faham )
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemahkan serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

Band 3 ( tahu,faham dan boleh buat)
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

Band 4 ( tahu,faham dan boleh buat dengan beradab )
Murid melaksana sesuatu kemahiran mengikut prosedur atau secara sistematik.

Band 5 ( tahu,faham dan boleh buat dengan beradab terpuji )
Murid melaksana sesuatu kemahiran pada situasi baharu,dengan mengikut prosedur atau secara sistematik,serta tekal dan bersikap positif.

Band 6 ( tahu,faham dan boleh buat dengan beradab terpuji mithali)
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

1 comment: